Kante tandatangan kontrak baharu dengan Chelsea - Utusan Malaysia

Kante tandatangan kontrak baharu dengan Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 23 Nov. – Bintang tengah Perancis, N’Golo Kante bersedia memberikan komitmen jangka panjang bersama Chelsea setelah mengikat kontrak baharu selama lima tahun, kata kelab Liga Perdana Inggeris itu, hari ini.

Kante, yang menyertai Chelsea pada 2016, membantu kelabnya merangkul gelaran Liga Perdana sewaktu musim pertamanya di Stamford Bridge dan dia dinamakan sebagai Pemain Terbaik oleh Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional dan Persatuan Penulis Bola Sepak setelah mempamerkan prestasi konsisten.

“Saya gembira dapat menyambung perjalanan karier saya dengan Chelsea, sepanjang dua tahun ini saya telah mengharungi satu tempoh yang cukup indah dan saya berharap kejayaan akan terus diraih pasukan.

“Sejak saya menyertai kelab ini, saya berjaya meningkatkan prestasi selaku pemain. Saya juga mencabar diri sendiri dan akhirnya berjaya meraih anugerah yang tidak pernah terbetik di dalam fikiran saya.

“Saya amat sukakan bandar ini, saya juga sayangkan kelab ini dan saya gembira berada di sini untuk tempoh yang lama,” kata pemain berusia 27 tahun itu.

Kante merangkul gelaran Liga Perdana buat kali pertama ketika bersama Leicester City pada musim 2015/16 dan turut berada dalam kesebelasan utama untuk kesemua tujuh perlawanan bersama skuad Perancis yang menjulang Piala Dunia di Rusia pada musim panas yang lalu. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×