Kanak-kanak teruja di Dunia Animasi, terima 500 kunjungan sehari - Utusan Malaysia

Kanak-kanak teruja di Dunia Animasi, terima 500 kunjungan sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Nov. – Dengan adanya maskot Didi & Friends, permainan simulator XBox 360, kanak-kanak mana yang tidak teruja dengan penawaran permainan tersebut pada harga hanya RM10 setiap orang.

Tawaran itu hanya boleh didapati di Dunia Animasi yang berlangsung pada pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2018 (MAHA 2018).

MOHD. KHAIRI FAHMI
MOHD. KHAIRI FAHMI 

Ketua Projek Dunia Animasi, Mohd. Khairi Fahmi Ab. Rahman berkata, pameran itu menerima kunjungan 500 kanak-kanak dalam masa satu hari.

“Mereka yang hadir boleh main permainan yang disediakan sebanyak mana mereka mahu, bermula pameran ini dibuka sehingga ia ditutup.

“Walaupun ini adalah kali pertama kami melibatkan diri dalam MAHA 2018, namun pameran ini menerima sambutan yang amat menggalakkan,” katanya kepada Utusan Online pada MAHA 2018 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), dekat sini hari ini.

MAHA 2018 telah berlangsung selama seminggu bermula pada 22 November lalu sehingga 2 Disember depan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN