PORT DICKSON 16 Nov. – Seorang kanak-kanak perempuan yang meninggal dunia akibat didera ibu tirinya tiga tahun lalu, dipercayai pernah dicabul oleh datuk tiri semasa hayatnya. Hari ini warga emas berusia 68 tahun itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mencabul mangsa di sebuah rumah di Lukut dekat sini, tiga tahun lalu. Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan sebaik sahaja pertuduhan selesai dibacakan kepadanya oleh jurubahasa di…










