Kami masih jauh ketinggalan - Unai - Utusan Malaysia

Kami masih jauh ketinggalan – Unai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 24 Nov. – Walaupun berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah selepas 16 perlawanan namun pengendali Arsenal, Unai Emery menyifatkan pasukannya masih jauh ketinggalan berbanding empat pasukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL).

UNAI EMERY – AFP

Arsenal mahu mengekalkan rekod 17 perlawanan tanpa tewas apabila mereka bakal berkunjung ke Bournemouth bagi menghadapi aksi liga namun Emery percaya dia masih mempunyai kerja rumah untuk dilakukan terutamanya di bahagian pertahanan.

Jurulatih dari Sepanyol itu memanggil pasukannya untuk mengadakan perbincangan tentang kerapuhan benteng pertahanan The Gunners sambil menyuarakan kebimbangannya bahawa masalah itu mampu menggugat harapan mereka menamatkan saingan EPL dalam empat kelompok teratas.

Sepanjang musim ini, Arsenal dibolosi sebanyak 15 gol, tiga kali ganda lebih banyak berbanding Manchester City dan Liverpool.

“Kami bermain untuk tiga mata dalam setiap perlawanan EPL, begitu juga dengan pasukan lain.

“Ya, kami berada dalam keadaan baik. Selepas 16 perlawanan kami tidak tewas dan itu bagus namun kami juga mengimpikan kejayaan yang lebih lagi. Tiga aksi terbaharu kami seri. Itu tidak cukup. Kami perlu lebih banyak mata,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN