Kaji semula elaun kakitangan kerajaan - Utusan Malaysia

Kaji semula elaun kakitangan kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
SAYA ingin mencadangkan elaun keraian dan elaun kritikal kakitangan kerajaan dikaji semula.

Saya ingin bertanya, atas dasar apa elaun keraian diberikan kepada kakitangan gred 44 ke atas sahaja?

Setahu saya elaun itu tidak digunakan dengan sepatutnya. Setiap kali hendak diadakan majlis perpisahan atau sambutan perayaan, sumbangan daripada kakitangan bawahan juga dituntut. Begitu juga dengan elaun kritikal yang diberikan kepada sesetengah kakitangan kerajaan yang bekerja di bawah Kementerian Kesihatan. Pada pendapat saya, setiap pekerja menghadapi risiko masing-masing.

Adalah tidak adil hanya sesetengah kakitangan hospital yang mendapat elaun tersebut. Contohnya, seperti juru x-ray dan juruteknologi makmal.

Mereka bekerja di tempat berisiko tinggi tetapi tidak dibayar. Manakala kakitangan yang bekerja di klinik-klinik (kurang berisiko tinggi) ada yang mendapat elaun kritikal.

Yang menarik perhatian saya adalah pegawai farmasi dibayar elaun kritikal manakala pembantu farmasi tidak dibayar sedangkan mereka yang lebih banyak bekerja biarpun bilangan sedikit berbanding pegawai. Malahan ada yang terpaksa bekerja pada waktu malam. Saya memohon agar pihak kerajaan mengkaji balik cadangan saya ini dengan sebaik-baiknya.

PEMERHATI DAN PESAKIT

Selayang, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN