KUALA LUMPUR 30 Nov. – Kadar jangka pendek dijangka kekal kukuh hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai hari ini dijangka sebanyak RM37.40 bilion dalam sistem konvensional dan RM20.87 bilion dalam dana Islam.
Bank pusat itu akan mengeluarkan tender Qard Lelongan Matang Pelbagai (RMA) RM10 bilion untuk 4-60 hari dan lelongan matang pelbagai Islam (iRMA) bernilai RM3.4 bilion untuk 6-31 hari.
Bank itu akan turut menjalankan tender repo berbalik bernilai RM400 juta untuk 14 hari dan Bil Antara Bank Bank Negara (BNIB) bernilai RM1 bilion untuk 30 hari.
Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM27.8 bilion dan tender semalaman Murabahah RM17.5 bilion. – BERNAMA










