Kad Kredit AirAsia Hong Leong Bank diperkenal - Utusan Malaysia

Kad Kredit AirAsia Hong Leong Bank diperkenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Nov. – AirAsia Group Bhd.
bekerjasama dengan Hong Leong Bank Bhd. untuk menawarkan kad kredit perjalanan yang memberikan para pemegang kad penerbangan percuma serta mudah untuk didapat dengan setiap perbelanjaan.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group, Tan Sri Tony Fernandes berkata, ia terbahagi kepada dua iaitu Kad Kredit Gold AirAsia Hong Leong Bank dan Kad Kredit Platinum AirAsia Hong Leong Bank.


Katanya, dengan setiap perbelanjaan yang dibuat, pemegang kad akan mendapat Mata Ganjaran BIG bonus secara automatik.


“Sebagai permulaan, para pemegang kad akan menikmat bonus alu-aluan serta bonus sukuan sehingga 25,000 Mata Ganjaran BIG,” katanya pada majlis pelancaran Kad Kredit AirAsia Hong Leong Bank di sini hari ini.


Yang turut hadir, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Hong Leong Bank, Domenic Fuda. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN