Kabinet baru 6 bulan, saya belum pertimbangkan rombakan - Dr. M - Utusan Malaysia

Kabinet baru 6 bulan, saya belum pertimbangkan rombakan – Dr. M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA – 15 Nov. – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau belum mempertimbangkan untuk melakukan rombakan pada Kabinet yang baru berusia enam bulan.

Pengerusi Pakatan Harapan itu ditanya tentang kemungkinan Kabinet dirombak berikutan PKR, satu daripada parti komponen dalam pakatan itu, baru selesai mengadakan pemilihan jawatan dalam parti.

“Saya tidak akan melakukannya (rombakan), tetapi Pakatan Harapan mungkin mahu. Mereka mungkin mahu, mereka mungkin desak. Jadi, saya perlu pertimbangkan. Bagaimanapun bagi diri saya, saya belum buat keputusan berkaitan rombakan,” katanya di akhir Sidang Kemuncak ASEAN ke-33 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di sini, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ditanya ‘siapa’ yang mereka maksudkan itu, Dr. Mahathir berkata: “Mereka adalah parti lain. PKR atau DAP atau Amanah (Parti Amanah Negara).”

“Adalah sukar untuk menilai prestasi menteri Kabinet. Saya tidak mahu melakukan pertukaran kerana ia membawa kepada kurang keyakinan,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×