Jokowi puji Bank Indonesia perkukuh nilai rupiah - Utusan Malaysia

Jokowi puji Bank Indonesia perkukuh nilai rupiah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 27 Nov. – Presiden Indonesia, Joko Widodo memuji langkah Bank Indonesia (BI) yang berusaha menstabilkan nilai tukaran rupiah terhadap dolar Amerika Syarikat (AS).

“Terima kasih kepada Ketua Gabenor BI dan seluruh war­ganya kerana di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi seluruh dunia, BI terus mempertahankan nilai tukaran rupiah,” katanya ketika pembukaan acara Pertemuan Tahunan Bank Indonesia (PTBI), hari ini.

Lapor Detik.com, Jokowi sedar usaha yang dilakukan BI dalam menstabilkan nilai rupiah bukan perkara mudah. Ini kerana usaha tersebut perlu dilakukan setiap hari.

“Saya tahu BI melakukan campur tangan terhadap pasaran, menaikkan kadar faedah untuk menstabilkan nilai tukaran rupiah terhadap dolar Amerika Syarikat.

“Saya bersyukur kerana dalam tempoh dua hingga tiga minggu ini, rupiah mengukuh dan kelmarin, saya lihat nilai rupiah Rp14.500 berbanding AS$1,” ujarnya.

Selain itu, Jokowi juga menyebut langkah Bank Sentral Indonesia untuk menaikkan kadar faedah wajar dipuji kera­na ketidaktentuan ekonomi.

Keputusan untuk menaikkan kadar faedah juga disambut baik dalam pasaran kerana berbeza dengan keputusan kaji selidik yang menyebut ke­banyakan penganalisis ekonomi menjangkakan BI perlu mem­pertahankan kadar faedah tersebut.

“BI menunjukkan ketega­san dan kesungguhan mem­per­tahan nilai rupiah. Ini adalah keberanian yang kita perlukan ketika menghadapi ekonomi dunia yang kita lihat dalam keadaan tidak menentu,” kata Jokowi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN