Jokowi perhebat kempen di Sumatera Selatan - Utusan Malaysia

Jokowi perhebat kempen di Sumatera Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PALEMBANG 26 Nov. – Calon Presiden nombor satu Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi menyifatkan peratusan pe­ngundi yang akan mengun­dinya di Sumatera selatan masih rendah.

Menurut beliau, berdasarkan tinjauan yang dibuat ha­nya 37 peratus penduduk di kawasan itu memilihnya.

Sehubungan itu, beliau me­minta pasukan kempennya lebih aktif bergaul de­ngan masyarakat setempat agar jumlah peratusan itu meningkat.

“Bagaimanapun perkara ini tidak menjadi masalah, kami akan memetakan kawasan mana di wilayah itu yang akan kita menangi dan kawasan yang tewas. Ini perkara biasa, ada menang, ada kalah,” katanya.

Tambah beliau, kelemahan yang dikesan itu meningkatkan semangat pasukan kempen wilayah Sumatera Selatan (TKD) yang diketuai Syarial Oesman dari parti Demokratik Nasional (NasDem) dan sukarelawan lain.

“Kita akan pergi dari rumah ke rumah, sebarkan kejayaan kita, dan buat penilaian semula pada hujung Disember ini sama ada berlaku peningkatan,” katanya yang dilaporkan portal Tempo.

Syarial pula berjanji untuk meningkatkan jumlah peratusan tersebut dengan melancarkan kempen secara besar-besaran dan memper­kenalkan pasukan kempen wilayah di setiap daerah dan bandar.

“Sasaran kami ialah 60 pe­ratus ke atas,” kata Syarial yang pernah menyandang jawatan Gabenor Sumatera Selatan pada 2003 sehingga 2008.

Beliau percaya kerjasama antara Gabenor sekarang, Herman Deru dan bekas gabenor, Alex Noerdin akan memberi kesan positif.

“Kami percaya peratusan ini akan meningkat terutama de­ngan pasukan yang dianggotai Herman dan Alex,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN