Johor tolak ICERD jika gugat Perlembagaan - Utusan Malaysia

Johor tolak ICERD jika gugat Perlembagaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 17 Nov. – Kerajaan negeri akan menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) jika melanggar mana-mana perkara yang termaktub dalam Artikel 153 dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, pendirian itu kerana isu yang dibangkitkan bukan lagi menjadi agenda politik kepartian sekiranya menyentuh Perlembagaan.

“ICERD ini bukan lagi isu politik kepartian sekiranya ia melanggar mana-mana perkara yang termaktub dalam perlembagaan.

“Pendirian kami di Johor jelas, sekiranya ia melanggar, mengugat atau melemahkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan, Sistem Raja Berpelembagaan dan kedudukan Agama Islam, kita akan menolak ICERD,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar ini.

Sebelum ini, kerajaan memberi jaminan tidak akan memansuhkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan sekiranya ICERD diratifikasikan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy memberikan jaminan itu dalam persidangan Dewan Rakyat ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) yang mahu tahu pendirian kerajaan berhubung perkara itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN