ISKANDAR PUTERI – Kerajaan Johor hari ini membentangkan Belanjawan 2019 dengan catatan lebihan sebanyak RM3.43 juta. Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, anggaran hasil negeri pada 2019 adalah sebanyak RM1.55 bilion berbanding anggaran perbelanjaan RM1.54 bilion. Beliau berkata, dalam Belanjawan Johor 2019, kerajaan negeri telah menggariskan enam teras strategik bagi memacu pembangunan menyeluruh negeri. Enam teras itu adalah Menjamin Kesejahteraan Rakyat; Pembangunan Lestari Dan Pemuliharaan Sumber; Pembangunan Infrastruktur, Penggerak Zon…










