BERLIN 17 Nov. – Ketua jurulatih Jerman, Joachim Loew berkata, pasukannya harus menerima hakikat yang menyakitkan berikutan bakal berdepan penyingkiran dalam saingan Liga Negara-Negara Eropah. Belanda meraih kemenangan 2-0 ke atas juara dunia Perancis di Rotterdam dan kemenangan tersebut menyebabkan juara Piala Dunia 2014, Jerman akan tersingkir ke saingan Liga B tidak kira apa jua keputusan yang diraih ketika menentang skuad Oranje di Gelsenkirchen pada Isnin ini. “Buat kami, keputusan…










