Jenazah konstabel mati lemas ketika bertugas selamat dikebumikan - Utusan Malaysia

Jenazah konstabel mati lemas ketika bertugas selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS – Jenazah anggota polis berpangkat konstabel Wan Mohd. Arif Wan Yahya, 28, yang mati lemas di Sungai Paka, Dungun semasa mengejar suspek selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Pok Man, Kampung Atas Sekil, Padang Embun, Tendong di sini malam tadi.

Jenazah Allahyarham Wan Mohd. Arif atau lebih mesra dengan panggilan Ayeh selamat dikebumikan pada pukul 11.30 malam.

Terdahulu, van membawa jenazah Ayeh yang diiringi anggota unit trafik  bertolak dari Hospital Dungun kira-kira pukul 6.30 petang dan disembahyangkan di Masjid Dungun, Terengganu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jenazah Allahyarham Ayeh tiba di kediaman orang tuanya pada pukul 10.30 malam dan disembahyangkan sekali lagi sebelum dibawa ke tanah perkuburan untuk disemadikan.

Lebih 300 sanak saudara termasuk isteri mangsa, Sharifah Murni Sayed Ab. Aziz, 27, penduduk kampung, sahabat handai dan anggota polis hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Ayeh.

Turut hadir, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Abdullah Mohammed Piah.

Konstabel Wan Mohd. Arif yang bertugas di Balai Polis Paka bersama tiga rakan sekerja sedang mengejaKonstabel Wan Mohd. Arif yang bertugas di Balai Polis Paka bersama tiga rakan sekerja sedang mengejar suspek dikenali sebagai Zul Ayam sebelum terjatuh terjatuh ke dalam Sungai Paka dan hilang selama lapan hari.

 

Terdahulu, Ayeh yang bertugas di Balai Polis Paka itu dijumpai terapung di permukaan air kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian pada pukul 12.25 tengah hari semalam selepas lapan hari operasi mencari dan menyelamat dijalankan.

Dalam kejadian pada pukul 8.30 malam, 9 November lalu, Ayeh yang bertugas di Balai Polis Paka bersama tiga rakan sekerja sedang mengejar suspek dikenali sebagai Zul Ayam di lokasi berkenaan.

Ketika sedang mengejar lelaki itu, Ayeh terjatuh ke dalam Sungai Paka bersama-sama suspek. – K! ONLINE 

Abdullah Mohammad Piah (kanan) mengaminkan doa selepas solat jenazah dilakukan keatas arwah Ayeh diAbdullah Mohammad Piah (kanan) mengaminkan doa selepas solat jenazah dilakukan keatas arwah Ayeh di Kampung Dalam Kerawat, Padang Embun di sini malam tadi.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×