JCorp komited lestarikan integriti - Utusan Malaysia

JCorp komited lestarikan integriti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 15 Nov. – Johor Corporation (JCorp) terus komited untuk melestarikan integriti dan memperkasakan tadbir urus organisasi dalam kalangan semua peringkat anggota pekerjanya menerusi pelbagai program berkaitan.

Satu langkah yang diambil JCorp bagi menjayakan usaha tersebut adalah dengan menganjurkan Sidang Kemuncak Integriti dan Tadbir Urus Negeri Johor 2018 bertemakan Integriti Memacu Kemapanan Organisasi di sini hari ini.

 Program pertama kali diadakan di negeri ini bersempena Hari Integriti Kebangsaan dan Sambutan 50 Tahun JCorp disempurnakan oleh Menteri Besar merangkap Pengerusi JCorp, Datuk Osman Sapian.

 Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali turut menyampaikan ucaptama pada program tersebut.

 Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Datuk Kamaruzaman Abu Kassim dalam ucapannya berkata, JCorp perlu mengekalkan ciri-ciri dinamik serta responsif terhadap inovasi dan pembaharuan bagi memastikan organisasi terus mampu berdaya saing dan relevan.

 Ini katanya, dilakukan termasuk dengan memperkemaskan sistem pengurusan kewangan dan pelaksanaan operasi perniagaan dalam Kumpulan JCorp.

 “Sidang kemuncak hari ini amat penting untuk menyemarakkan lagi integriti dalam setiap diri anggota pekerja JCorp dan syarikat Kumpulan,” katanya. –  UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN