JAKARTA 29 Nov. – Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi mengingatkan penjawat awam supaya tidak terjebak dengan karenah birokrasi di tempat kerja.
Tribunnews.com melaporkan, Jokowi turut meminta penjawat awam berkhidmat kepada rakyat de-ngan lebih serius selain meningkatkan kualiti kerja dan pentadbiran serta bertanggungjawab mereka.
Tambah Jokowi, penjawat awam perlu melakukan inovasi dan memudahkan proses kerja serta harus memanfaatkan kemajuan teknologi, meningkatkan ilmu pengetahuan dan bekerjasama dengan pihak berkaitan.
“Oleh itu, penjawat awam di semua lapisan, saya minta untuk tidak terjebak dalam karenah birokrasi, sama ada dalam organisasi atau program sendiri,” ujar Jokowi.
Amanat itu disampaikan ketika Jokowi merasmikan Sambutan Penjawat Awam Indonesia ke-47 di Istora Senayan, di sini hari ini.
Jelas Jokowi, menerusi kerjasama serta memanfaatkan ilmu sains dan teknologi, penjawat awam dapat memaksimumkan sumbangan mereka kepada negara, masyarakat dan bangsa.
Ujarnya, penjawat awam telah menjadi salah satu perantara dalam memperkukuh persaudaraan dan perpaduan dari segi agama.
“Penjawat awam menjadi barisan hadapan dalam berkhidmat kepada komuniti dan menjadi penggerak penting untuk pembangunan negara,” kata Jokowi.










