Jangan politikkan isu bekalan susu - NUTP - Utusan Malaysia

Jangan politikkan isu bekalan susu – NUTP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Nov. – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) memohon supaya isu bekalan susu kepada murid sekolah rendah tidak dipolitikkan mana-mana pihak.

Setiausaha Agungnya, Harry Tan Huat Hock berkata, tidak sepatutnya murid-murid yang memerlukan menjadi sasaran pertelingkahan politik yang tidak berkesudahan.

“Pihak NUTP hanya memikirkan yang terbaik untuk anak didik kita tidak kira kerajaan yang memerintah. Justeru pihak NUTP merayu kepada pihak kerajaan untuk memberi susu segar kepada murid-murid dan bukan susu kotak yang berisi gula.

“Sekiranya pengagihan susu segar tidak dapat dilakukan, NUTP mencadangkan makanan berzat tinggi seperti telur sebagai pengganti dan mengesyorkan dengan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) lebih berkhasiat mengandungi buah-buahan dan peratusan sayuran lebih tinggi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN