Jangan gugat ketenteraman - MB Selangor - Utusan Malaysia

Jangan gugat ketenteraman – MB Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 26 Nov. – Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari yakin insiden rusuhan berhubung isu kuil Seafield Sri Maha Mariamman, awal pagi semalam, akan dapat ditangani dengan berkesan oleh pihak keselamatan.

Beliau sehubungan itu turut menggesa semua pihak bertenang dan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan bersifat perkauman, kebencian serta menghasut.

“Saya telah menghubungi Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor dan beliau memberikan jaminan polis akan melakukan siasatan terperinci ke atas insiden yang berlaku.

“Saya menggesa semua pihak agar bertenang dan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang bersifat perkauman, kebencian serta menghasut.

“Saya merujuk kepada kenyataan Ketua Polis Selangor bahawa ini hanya perselisihan faham antara dua kumpulan dan tidak membabitkan unsur perkauman,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×