Jangan cetus sentimen agama, perkauman - Utusan Malaysia

Jangan cetus sentimen agama, perkauman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Nov. – Insiden rusuhan dan kekecohan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, Selangor yang berlarutan sehingga dua hari perlu ditangani segera oleh semua pihak berwajib.

Hal ini kerana, perpaduan dan keharmonian rakyat perlu diberi keutamaan di samping menghormati hak beragama mengikut lunas undang-undang.

Sehubungan itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru semua pihak supaya tidak menyentuh isu-isu sensitif termasuk mencetuskan sentimen agama dan perkauman bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlarutan.

Malah, Abdul Hadi turut meminta setiap individu supaya bertenang dan memahami isu sebenar di sebalik kejadian itu sebelum melakukan apa-apa tindakan yang dikhuatiri boleh menjejaskan ketenteraman awam.

“Pas mengikuti secara dekat perkembangan insiden yang berlaku dan menegaskan perpaduan serta keharmonian rakyat perlu diutamakan di samping menghormati hak beragama mengikut undang-undang.

“Pihak pemaju juga perlu menjaga sensitiviti kaum dan agama. Sebarang unsur yang boleh menimbulkan sensitiviti dalam kalangan rakyat perlu ditangani dengan pantas oleh pihak berwajib, pemimpin masyarakat dan wakil rakyat yang dipilih,” katanya dalam akaun Facebook miliknya, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN