KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menggesa semua pihak agar tidak mengambil apa-apa tindakan atau mengeluar kenyataan provokatif yang boleh menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan masyarakat melibatkan insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya pada Isnin lalu. Beliau berkata, orang ramai perlu berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan ataupun berkongsi apa-apa berita mengenai peristiwa itu memandangkan sudah banyak berita palsu dan salah yang telah diedarkan.…










