Jaga mulut, adab di Tanah Suci - Utusan Malaysia

Jaga mulut, adab di Tanah Suci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERNAH seorang jemaah selepas selesai kerjakan umrah wajib, dia buat umrah sunat pula. Niatnya sangat baik kerana ingin tambah pahala. Namun baru separuh jalan mengerjakannya, jemaah ini terasa penat untuk menghabiskannya.

Jemaah ini buat keputusan berhenti dan balik ke hotel penginapan untuk berehat. Umrah sunat tadi ditinggalkan terus. Baginya umrah itu sunat sahaja dan tidak menjadi masalah jika tidak disempurnakan.

“Tindakan ini sebenarnya salah. Walaupun hanya umrah sunat, tapi bila seseorang itu berniat umrah dia sudah tertakluk kepada rukun dan wajib umrah. Jika tidak selesaikannya, jemaah itu dikenakan dam,” jelas Konsultan Haji dan Umrah Juara Travel Sd. Bhd., Yusnah Yusuf.

Beliau sebagai individu bertanggungjawab mengatur dan mengiringi jemaah umrah ke Tanah Suci mengingatkan para jemaah sebelum berangkat agar mendalami ilmu berkaitan ibadah yang bakal dilaksanakan.

“Hadirlah kursus yang dianjurkan, banyak kali pun tak apa. Apa yang penting faham betul-betul bagi mengelak pemergian ke Tanah Suci tidak menjadi sia-sia. Perkara dirasakan kecil pun sebenarnya boleh mengganggu ibadah,” katanya.

JANGAN PRASANGKA

Apabila berada di Tanah Suci jagalah adab dan mulut hatta berkata-kata di dalam hati sekalipun.

“Saya sendiri ada pengalaman yang memberi iktibar. Setiap kali menganjurkan kursus umrah, saya selalu berkongsi pengalaman ini. Satu hari saya ke Masjidilharam untuk bersolat subuh bersama-sama jemaah lain. Sampai di sana orang sudah ramai dan berpusu-pusu ingin masuk ke dalam.

“Dalam ramai-ramai itu, mata tertarik kepada seorang jemaah wanita yang membentangkan sejadahnya di depan pintu masuk, tempat orang ramai lalu lalang. Segera hati berkata-kata: ‘Eh, masuk dalamlah. Nanti orang langgar’, katanya seolah-olah mengajar jemaah itu.

“Keesokan hari, saya ke masjid untuk solat berjemaah. Seperti semalam, jemaah semakin bertambah. Suasana memang padat. Saya menyelinap mencari ruang solat. Dari jauh kelihatan satu ruang yang boleh duduk.

“Baru saja sampai, ada jemaah lain masuk. Saya cari ruang lain pula. Pun sama, hanya beberapa langkah, ruang itu diambil jemaah lain. Banyak kali saya mencuba semuanya sama. Saya langsung tak dapat ruang untuk bersolat.

“Selepas melilau-lilau, akhirnya dapat satu ruang iaitu ruang jemaah wanita yang saya lihat semalam. Kali ini saya pula duduk di tempatnya!” katanya sambil terfikir bahawa mungkin Allah mahu didik hatinya supaya berprasangka baik.

MULUT CELUPAR

Selain pengalaman itu, kata Yusnah terdapat juga kejadian aneh menimpa rakannya, seorang cef yang bertanggungjawab menyediakan makanan untuk jemaah.

“Ceritanya begini. Seorang rakannya mengesyorkannya merebus telur ayam pada sebelah malam supaya esoknya tidak tergesa-gesa untuk menyediakan sarapan kepada jemaah. Tapi, cef ini menolak cadangan tersebut. ‘Eleh, nak rebus telur bukan lama mana pun. Sekejap je. Esok pun boleh’, lebih kurang begitulah kata-katanya.

“Esoknya dia mula merebus telur ayam. Selepas beberapa minit, telur itu diangkat apabila dirasakan sudah masak. Namun anehnya apabila diperiksa, telur-telur itu masih cair ibarat langsung tak dimasukkan dalam air panas.

“Tak puas hati, cef tadi rebus lagi, namun hasilnya tetap sama. Dia rasa pelik, dia rebus lagi untuk beberapa jam dan telur itu masih lagi cair, langsung tidak masak. Akibatnya pagi itu, telur ayam terpaksa dikeluarkan daripada menu,” katanya.

Bagi yang berminat ikuti pakej umrah menarik Juara Travel & Tours Sdn. Bhd, boleh layari www.juaratravel.com.my atau hubungi 03-9226 7105.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN