Jack Ma kekok jual gincu - Utusan Malaysia

Jack Ma kekok jual gincu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHANGHAI – Pengasas Alibaba Group, Jack Ma jelas tidak mengetahui banyak tentang gincu yang menjadi kosmetik keperluan wanita.

Baru-baru ini, Jack Ma kelihatan begitu kekok mempromosikan gincu bibir ketika sesi jualan besar-besaran secara dalam talian pada 11 November lalu.

Ma dan seorang lagi fashionista terkenal, Li Jiaqi bersama-sama melakukan promosi secara dalam talian melalui video secara langsung di Internet.

Jiaqi tanpa kekok mempromosikan gincu pelbagai warna di hadapan penonton dalam talian dengan menggambarkan produk itu tanpa sebarang masalah.

Personaliti itu juga mencuba sehingga 380 gincu dengan pelbagai warna sehingga berjaya menjual 1,000 produk itu sepanjang bersiaran.

Bagaimanapun, Jack Ma pula kelihatan sangat kekok kerana tidak biasa dengan produk wanita dan hanya berjaya menjual 10 gincu. – GLOBAL TIMES

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN