Itu hak mereka, hak kita menentukan - Dr. Mahathir - Utusan Malaysia

Itu hak mereka, hak kita menentukan – Dr. Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Nov. – Mana-mana pihak boleh menuntut untuk melucutkan jawatan menteri Kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH), tetapi hanya Perdana Menteri yang memiliki hak untuk menentukannya.

Atas sebab itu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, desakan pelbagai pihak yang menuntut supaya kerajaan PH melucutkan jawatan P. Waytha Moorthy sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri adalah hak masing-masing.

“Itu hak mereka, hak kita (pula) menentukan,” katanya dalam sidang akhbar di Menara Yayasan Selangor, di sini hari ini.

Baru-baru ini, Gerakan Pengundi Sedar (GPS) menggerakkan satu petisyen menerusi tandatangan di atas talian Change.org mendesak Waytha Moorthy meletak jawatan atas beberapa faktor, antaranya kerana memburukkan imej Malaysia pada peringkat antarabangsa.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri berkata, kerajaan menetapkan resolusi sebarang pembinaan rumah ibadat baharu perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

Tegas beliau, langkah itu bagi mengelakkan sebarang masalah terutama apabila pemilik tanah menuntut semula hak mereka.

“Masalahnya sekarang adalah banyak kuil dibina di atas tanah milik pihak lain. Itu masalah yang sering kita hadapi sekarang.

“Jadi kerajaan meluluskan resolusi dan menetapkan syarat iaitu mana-mana rumah ibadat baharu yang akan dibina selepas ini, perlu mendapatkan kebenaran PBT,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN