KUALA LUMPUR 13 Nov. – Isteri yang suka mengikuti rombongan beramai-ramai, membasuh baju pada waktu malam, berebut rancangan televisyen dan suka makan dalam kereta antara punca berlakunya penceraian dalam kalangan pasangan muda. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, berdasarkan laporan sebuah portal berita yang memetik Jabatan Kehakiman Syariah Selangor, kebanyakan kes penceraian yang difailkan oleh pasangan itu adalah atas faktor yang remeh. HANNAH YEOH “Antara punca…










