Inisiatif khas untuk tingkat daya saing wanita akan diwujudkan - TPM - Utusan Malaysia

Inisiatif khas untuk tingkat daya saing wanita akan diwujudkan – TPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Nov. – Kementerian Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mewujudkan satu inisiatif khas kepada golongan wanita untuk meningkatkan daya saing wanita dalam sektor awam dan korporat.

Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail
Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, melalui inisiatif yang dinamakan Kepimpinan Wanita tersebut  akan menyediakan latihan, dorongan dan kepimpinan untuk menduduki jawatan pengurusan tertinggi.

“Dengan adanya pelbagai peluang dan kemudahan seperti kemudahan pembiayaian, latihan, bimbingan, khidmat nasihat dan premis perniagaan, diharapkan lebih ramai wanita akan tampil untuk menjadi usahawan dan kerajaan amat komited untuk terus menggerakkan agenda pembangunan dan pemerkasaan wanita agar mereka dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, sekali gus meningkatkan kualiti hidup masing-masing,” katanya ketika berucap di Persidangan Pelitawanis 2018, mempelopori dunia keusahawanan di sini, hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB),  Datuk Seri Ir. Azman Mohd. dan Yang Dipertua Pelitawanis TNB, Datin Seri Noor Afizah Ahmad Noor. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN