JABATAN Perangkaan Malaysia telah mengeluarkan laporan berkaitan Imbangan Pembayaran atau Balance of Payment (BOP) pada Ogos lalu. Laporan tersebut ada menyatakan lebihan akaun semasa Malaysia telah berkurangan kepada RM3.9 bilion berbanding RM15.0 bilion pada suku sebelumnya. Kali terakhir lebihan paling rendah dipunyai Malaysia direkodkan pada suku kedua tahun 2016 dengan nilai sebanyak RM3.1 bilion. Lebihan rendah ini direkodkan berdasarkan nilai eksport bersih bagi barangan telah berkurangan disebabkan jumlah import yang…