KUALA LUMPUR 15 Nov. – Kerajaan memberi jaminan bahawa Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan tidak akan dimansuhkan sekiranya Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) diratifikasi.
Demikian maklum balas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) yang mempersoal apakah jaminan kerajaan bahawa ratifikasi ICERD tidak akan membawa kepada pemansuhan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan mengenai hak-hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak. – UTUSAN ONLINE










