ICERD: Akhirnya kerajaan akur kehendak rakyat - Pemuda UMNO - Utusan Malaysia

ICERD: Akhirnya kerajaan akur kehendak rakyat – Pemuda UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Nov. – Setelah mendapat tentangan pelbagai pihak, kerajaan akhirnya akur kepada kehendak rakyat yang mendesak agar Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) tidak diratifikasikan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki walau bagaimanapun berkata, pihaknya tetap mendesak agar kerajaan memberikan jaminan untuk lebih berhati-hati sekiranya wujud sebarang desakan lain untuk meratifikasi lima lagi Konvensyen Antarabangsa di bawah instrumen Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Katanya, selain ICERD, kerajaan juga perlu memberi jaminan untuk tidak meratifikasi Kovenan Antarabangsa Hak Sivil dan Politik (ICCPR).

“ICCPR atau Konvensyen Antarabangsa mengenai Hak Politik dan Sivil adalah antara konvensyen yang tidak wajar diratifikasi kerana turut mempunyai bahagian yang bertentangan dengan sistem perundangan dan kedaulatan negara.

“Sejak dari awal Pemuda UMNO menegaskan bahawa tiada keperluan untuk kerajaan mencetuskan suasana tegang di kalangan rakyat apabila terus angkuh mahu meratifikasi konvensyen antarabangsa yang jelas beberapa peruntukannya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN