Icardi selamatkan maruah Inter - Utusan Malaysia

Icardi selamatkan maruah Inter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN – Penyerang Inter Milan, Mauro Icardi menjadi wira pasukan itu apabila menja-ringkan gol penyamaan ketika mengikat Barcelona 1-1 pada aksi Liga Juara-Juara di San Siro awal pagi semalam.

Meskipun berkongsi satu mata, namun Icardi meluahkan kekecewaan apabila mereka gagal untuk melakar kemenangan selepas ketinggalan 0-1 menerusi ja-ringan Malcom pada minit ke-83.

Bagaimanapun, Icardi menegaskan, mereka perlu berbangga memandangkan Inter berjaya mengikat pasukan terbaik dunia yang dibarisi pemain-pemain berkualiti.

“Kami bertemu salah sebuah pasukan terbaik di dunia dan mereka menjaringkan gol seperti biasa. Bagaimanapun, kami tidak mudah mengaku kalah dan berjaya bangkit dengan meledak gol penya-maan.

“Semua pemain sudah tunjukkan keyakinan serta percaya pada diri sendiri sepanjang perlawanan ini, sama seperti ketika kami menewaskan Tottenham pada perlawanan terdahulu. Bagaimanapun, kali ini kami kekurangan masa,” kata Icardi.

Pemain antarabangsa Argentina itu juga memuji peranan yang dimainkan pemain tengah, Matias Vecino sehingga membolehkan dia menjaringkan gol penyamaan dua minit sebelum tamat perlawanan.

“Saya akui gol itu lebih kepada nasib kerana tidak jangka bola tersebut sampai ke kaki saya. Vecino seolah-olah membawa tuah untuk kami kerana dia sentiasa memberikan sumbangan besar kepada pasukan,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN