PERANCANGAN AWAL hanya perhimpunan kecil-kecilan bagi membantah ICERD. Tetapi manusia merancang, Allah juga merancang. Perhimpunan kecil Pasir Salak diangkat sebagai perhimpunan peringkat negeri. Diangkat lagi menjadi perhimpunan peringkat kebangsaan. Maka berhimpunlah kira-kira 30,000 di Kampung Gajah, Pasir Salak, Perak. Khemah yang disediakan tidak muat menampung orang ramai yang hadir. Ketika solat Isyak berjemaah terpaksa bersesak dan melimpah-ruah dari kawasan disediakan. PRESIDEN Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan presiden UMNO,…










