Henti bakar api kemarahan rakyat - NGO - Utusan Malaysia

Henti bakar api kemarahan rakyat – NGO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Nov. – Kerajaan didesak supaya menghentikan segala cubaan yang boleh membakar api kemarahan rakyat dengan menyentuh beberapa isu sensitif sekali gus merosakkan perpaduan negara.

Malah, kebiadaban pemimpin politik yang didakwa tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan apabila memburukkan Malaysia di mata dunia juga perlu disiasat mengikut lunas undang-undang dengan segera.

Menurut Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah, dua isu kontroversi iaitu melibatkan pelaksanaan Konvensyen Antarabangsa Me­ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan klip video memaparkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy memburukkan negara telah membangkitkan kemarahan rakyat.

Jelas beliau, segala isu sensitif yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan tidak wajar diusik dan perlu dihormati apatah lagi negara telah menikmati keamanan tanpa kacau-bilau sejak 60 tahun lalu.

“Rakyat hidup dalam keadaan aman damai. Mengapa sekarang cuba membangkitkan kemarahan itu dengan meratifikasi ICERD? Semua bangsa hidup tanpa ada masalah. Yang bermasalah cuma segelintir pemimpin politik yang biadab.

“Dalam hal ini saya memuji Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang memahami bahawa isu ICERD ini telah mengguris perasaan rakyat terutamanya Melayu dan mengatakan mustahil bagi melaksanakannya,” katanya.

Beliau yang mewakili enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain berkata demikian kepada pemberita selepas membuat dua laporan polis berhubung isu ICERD dan klip video Waytha Moorthy yang tular di media sosial. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN