Hazmi kena jel 20 tahun, sebat - Utusan Malaysia

Hazmi kena jel 20 tahun, sebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG – Seorang tukang gunting rambut yang sebelum ini didakwa kerana membunuh bayi, Nur Muarzara Ulfa Muhammad Zainal atau Zara dihukum penjara 20 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Dia didakwa atas dua pertuduhan melakukan pende­raan fizikal dan seksual terhadap kanak-kanak itu.

Hakim Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman itu terhadap Hazmi Majid, 36, yang merupakan suami kepada pe­ngasuh bayi berkenaan selepas bapa tiga anak itu mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa telah memasukkan jari ke dalam kemaluan dan dubur mangsa di sebuah rumah di Apartment Sri Cempaka, Jalan 6/3, Seksyen 16, Bandar Baru Bangi di sini antara pukul 10.30 pagi hingga pukul 1.30 petang pada 7 November lalu.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dan sebatan jika sabit kesalahan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN