Haziq Messi meninggal dunia di PPUKM - Utusan Malaysia

Haziq Messi meninggal dunia di PPUKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT – Finalis program Kem Bola Astro-Barcelona 2016, Muhammad Haziq Azeman, 13, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11.20 malam tadi akibat kanser darah. 

Arwah yang lebih mesra dengan panggilan Haziq Messi disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur.

Bapanya, Azeman Md. Rashid, 40, berkata, anak kedua dari tiga beradik itu disahkan mengidap kanser darah atau T Lymphoblastic Lymphoma sejak Februari lalu.

Pelajar tingkatan satu di Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Cheras itu merupakan antara 16 pemain bola sepak remaja dari Malaysia, Filipina serta Singapura yang terpilih menjalani latihan antarabangsa di Barcelona, Sepanyol pada Disember 2016.

Jenazah Haziq Messi akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Felda Kota Gelanggi 3 di sini selepas solat Jumaat hari ini.

Akhbar Kosmo! pernah menyiarkan berita mengenai penderitaan Haziq Messi pada 11 Februari lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN