JERANTUT – Finalis program Kem Bola Astro-Barcelona 2016, Muhammad Haziq Azeman, 13, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11.20 malam tadi akibat kanser darah. Arwah yang lebih mesra dengan panggilan Haziq Messi disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur. Bapanya, Azeman Md. Rashid, 40, berkata, anak kedua dari tiga beradik itu disahkan mengidap kanser darah atau T Lymphoblastic Lymphoma sejak Februari lalu. Pelajar tingkatan satu di Sekolah…










