KUALA LUMPUR 25 Nov. – Ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengakui tekanan besar yang terpaksa dihadapinya sepanjang minggu ini akhirnya hilang sebaik sahaja melihat pasukannya layak ke separuh akhir Piala AFF setelah menewaskan Myanmar 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam. Selepas tewas 0-2 kepada Vietnam pada 16 November lalu, Malaysia tidak mempunyai pilihan selain perlu menewaskan Myanmar untuk menempatkan diri dalam empat pasukan terakhir. Tekanan semakin dirasai…










