Hamilton berdepan penalti grid - Utusan Malaysia

Hamilton berdepan penalti grid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Juara dunia Formula Satu (F1) 2018, Lewis Hamilton berkemungkinan memulakan perlumbaan penutup pada Grand Prix Abu Dhabi minggu depan di kedudukan 11 atau lebih teruk lagi disebabkan jenteranya mengalami kerosakan.

Biarpun pelumba Britain tersebut berjaya merangkul kemenangan pertama selepas mengesahkan gelaran juara dunia F1 di Litar Interlagos Ahad lalu, namun perlumbaan yang diharungi tidak selancar yang disangka.

Jentera Mercedes W09 yang dipandu Hamilton mengalami masalah enjin sepanjang perlumbaan tersebut dan dia berusaha keras untuk terus bertahan sehingga ke garisan penamat.

“Kami memiliki pasukan di London yang berinteraksi dengan kami menggunakan intercom serta pasukan di litar yang be­kerjasama mengusahakan agar enjin mampu digunakan sampai habis perlumbaan.

“Mereka melakukan kerja dengan cukup baik. Mereka bukan sahaja melakukan satu perubahan tapi banyak. Usaha itu yang meletakkan kami dalam risiko untuk dikenakan penalti pada GP Abu Dhabi nanti.

“Enjin jentera telah me­ngalami beberapa tahap ke­rosakan, namun kami masih belum memahami punca di sebaliknya. Ia perlu diperiksa dan difahami sebelum kita boleh membuat sebarang keputusan sebelum ke Abu Dhabi,” kata Hamilton. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN