MUTAKHIR ini, terdapat pihak yang mengkritik beberapa aspek amalan kehidupan masyarakat yang dikatakan tidak memenuhi piawaian antarabangsa dan bercanggah dengan konsep hak asasi manusia. Dari sudut pandang ini, hak asasi manusia dijelaskan sebagai hak yang dipunyai oleh individu atas kapasiti sebagai manusia dan meliputi pelbagai skop kehidupan antaranya hak untuk hidup, menyuarakan pendapat, kebebasan untuk bergerak dan juga hak untuk berfikir. Jika mengikut kaca mata Barat, hak asasi seorang manusia…










