Guru disiplin didakwa bunuh isteri - Utusan Malaysia

Guru disiplin didakwa bunuh isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 27 Nov. – Seorang guru disiplin didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh isterinya yang juga seorang guru tuisyen menggunakan rak penyidai baju Ahad minggu lalu.

Bagaimanapun,  tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Lim Fong Aun selepas dia yang berasal dari Kulim, Kedah mengangguk faham pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret L. Umma Devi.

 Mengikut pertuduhan, Fong Aun, 42, yang merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah jenis kebangsaan di negeri ini didakwa membunuh isterinya, T. Santhi, 39, dengan cara memukul pada bahagian kepala di kediaman mereka di Taman Seri Indah, Jalan Abdul Arif, Ayer Itam di sini kira-kira pukul 10 malam, 18 November lalu.

 Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit bersalah.

 Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Syafiq Mohd Sazalli manakala tertuduh diwakili peguam R.S.N. Rayer.

 Majistret Umma Devi tidak menawarkan sebarang jaminan ke atas tertuduh dan menetapkan 27 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut.

 Mayat Shanti ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di bilik belakang kediaman mereka keesokan harinya dengan beberapa kesan kecederaan pada kepala selepas polis mendapat maklumat daripada suaminya yang menyerah diri di ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN