BIARPUN sebelum ini pernah digelar tidak waras ketika kali pertama menyertai Ironman Langkawi 2010, namun ia tidak mematahkan semangat atlet Perancis, Romain Guillaume untuk datang lebih awal ke venue kejohanan, sekali gus berjaya melakar kejutan meraih kejuaraan sulungnya tahun lalu. Kerja keras atlet berusia 33 tahun yang melakukan latihan tiga minggu lebih awal tahun lalu di Pulau Langkawi membuahkan hasil apabila berjaya menamatkan saingan kategori profesional lelaki dengan merekodkan masa…









