Gol Mbappe, Neymar pastikan PSG menang - Utusan Malaysia

Gol Mbappe, Neymar pastikan PSG menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 3 Nov. – Kylian Mbappe menjaringkan satu gol yang cantik dan kemudian merancang Neymar untuk pendahulu liga Perancis, Paris Saint-Germain menang di tempat sendiri terhadap pasukan tempat kedua, Lille 2-1 semalam.

Kemenangan PSG ke-12 berturut-turut dari awal musim ini merupakan satu rekod bagi lima liga Eropah teratas, mengatasi 11 kemenangan pembukaan Tottenham Hotspur pada 1960 di England.

Jurulatih PSG, Thomas Tuchel memilih pemain tengah Marco Verratti yang ditahan polis minggu ini kerana memandu melebihi had alkohol.

Verratti membantu mencipta gol Mbappe pada minit ke-70, menyusupkan satu umpanan pantas kepada Neymar yang kemudian menemukan larian Mbappe.

Bintang Piala Dunia Perancis itu agak bertuah apabila um­panan Neymar mengenai kaki seorang pemain pertahanan dan bergolek kepadanya tetapi dia menyudahkan dengan cantik apabila melengkungkan bola ke sudut bawah kanan dari kira-kira 20 meter.

Walaupun Mbappe, 19, telah bermain dalam hanya tujuh perlawanan liga PSG, dia sudah pun mendahului liga dengan 11 gol.

Dia menyungkitkan bola kepada Neymar pada minit ke-84 dan penyerang Brazil itu mara mengatasi tiga pemain sebelum rembatannya yang sedikit tertampan dekat hujung kawaan itu menerjah masuk.

Penyerang Lille, Nicolas Pepe dengan yakin menjaringkan satu penalti mengatasi penjaga gol veteran, Gianluigi Buffon pada minit ketiga masa kece­deraan untuk 2-1.

Ketika juara bertahan, PSG menguasai Ligue 1 dan dijamin 11 mata jelas selepas hujung minggu ini, mereka menempuh masa yang lebih getir dalam Liga Juara-juara.

PSG bertandang untuk menentang Napoli, Selasa ini di bawah tekanan besar selepas meraih empat mata daripada tiga perlawanan pertama kumpulan.

Tuchel turut meninggalkan penyerang Edinson Cavani menentang Lille dengan harapan menurunkannya menentang bekas pasukannya, Selasa ini. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN