GAZA/JERUSALEM 14 Nov. – Pertempuran Palestin dan Israel dihentikan berikutan gencatan senjata ekoran usaha Mesir untuk mengembalikan keamanan di wilayah bergolak itu sejak 2014. Pertempuran dihentikan pada pukul 5 petang waktu tempatan. Sejak Isnin lalu tentera Israel telah melakukan serangan udara mengorbankan tujuh orang Palestin dan merosak beberapa bangunan di Gaza yang diperintah oleh Hamas. Hamas membalas serangan itu dengan melancarkan roket ke kawasan penduduk di Israel memaksa orang ramai…










