JASIN 27 Nov. – Ahli kariah dua buah surau di sini gempar dengan penemuan ketulan daging dipercayai babi berserta nota yang dicampak di pekarangan kedua-dua surau berkenaan, awal pagi tadi. Kejadian pertama berlaku di Surau Bukit Serkam apabila jemaah yang memasuki surau tersebut untuk menunaikan solat subuh menemukan ketulan daging itu yang berselerak di pekarangan surau kira-kira pukul 5 pagi. Salah seorang jemaah, Adam Abdullah, 65, berkata, dia terus memaklumkan…










