Gaza kembali tenang - Utusan Malaysia

Gaza kembali tenang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS – Kanak-kanak di selatan Israel menuju ke sekolah pagi semalam selepas gencatan senjata disokong Mesir berkuat kuasa sekali gus mengakhiri konflik singkat tetapi sengit dengan Gaza.

Gencatan senjata itu diumumkan kelmarin oleh pergerakan Hamas di Genting Gaza. Ia berlaku selepas hampir dua hari serangan berat dilancarkan oleh kedua-dua pihak yang dikhuatiri mencetuskan peperangan sepenuhnya.

Pentadbiran Hamas di Gaza berkata, pihaknya akan mematuhi gencatan senjata itu sekiranya Israel melakukan perkara sama.

Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dan tentera Israel enggan mengulas perkembangan itu tetapi pihak berkuasa rejim Zionis membatalkan semua sekatan terhadap penduduk di selatan Israel lewat kelmarin, membolehkan kanak-kanak kembali ke sekolah.

Keganasan terbaharu minggu ini menyaksikan tujuh warga Gaza terbunuh dalam masa 24 jam sekali gus terburuk antara Israel dan Palestin sejak perang pada tahun 2014. Serangan udara rejim Zionis sepanjang dua hari menyebabkan banyak bangunan di Gaza roboh.

Siren amaran dibunyikan di selatan Israel Ahad lalu yang menyaksikan puluhan ribu penduduk Yahudi berlari untuk berlindung di kubu-kubu bawah tanah. Pejuang Hamas melepaskan 460 bedilan roket dan mortar dari Gaza yang mencederakan 27 penduduk Yahudi termasuk tiga parah. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN