Garis panduan Secondment kejuruteraan TLDM - Utusan Malaysia

Garis panduan Secondment kejuruteraan TLDM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Nov. – Majlis Angkatan Tentera (MAT) yang bersidang pada 29 Oktober lalu bersetuju meminda Garis Panduan Peminjaman (Secondment) anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menetapkan kaedah pelantikan secara pertukaran tetap anggota yang mendapat tawaran daripada agensi peminjaman serta pelaksanaan pengambilan skim diploma tugas khusus terhadap anggota lain-lain pangkat (LLP), Cawangan Kejuruteraan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan memberitahu, dasar sedia ada berkenaan Secondment dikeluarkan melalui PMAT Bil 6 Tahun 2009 berdasarkan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2008 (PP Bil 12/2008) – Dasar dan Prosedur Pelantikan Secara Peminjaman, Pertukaran Sementara dan Pertukaran Tetap.

Katanya, ATM tidak mengguna pakai dasar berkenaan pertukaran tetap kerana tertakluk kepada Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 1 Tahun 1998 iaitu pesara tentera apabila dilantik semula ke perkhidmatan awam dan pelantikan hanya boleh dibuat secara sementara atau kontrak.

Walau bagaimanapun, katanya, hasil perbincangan bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), suatu kaedah telah diputuskan dan dipersetujui semua pihak terlibat bagi membolehkan anggota ATM untuk dilantik secara pertukaran tetap.

“Pegawai yang menerima tawaran pertukaran tetap oleh agensi peminjaman hendaklah memohon kepada ketua perkhidmatan untuk dibersarakan mengikut peraturan sedia ada dalam tempoh 90 hari sebelum tarikh pelantikan oleh agensi peminjaman.

“Tempoh pinjaman pegawai ke agensi peminjaman akan dipendekkan dan ditamatkan oleh ATM bagi membolehkan pegawai dibersarakan untuk tujuan dilantik secara pertukaran tetap oleh agensi peminjaman,” katanya, di sini, hari ini.

Kenyataan itu menambah, pegawai akan menerima faedah persaraan dalam perkhidmatan ATM berdasarkan peraturan sedia ada diberi opsyen memilih faedah persaraan pencen dan ganjaran perkhidmatan atau ganjaran tamat perkhidmatan mengikut kelayakan berdasarkan peraturan semasa ATM.

Selain itu, ujarnya, pegawai dikehendaki memohon pengecualian untuk menghabiskan cuti rehat terkumpul dan latihan peralihan bagi menggelak terputusnya tempoh pinjaman pegawai di agensi peminjaman.

“Pegawai layak menerima faedah persaraan di agensi baharu mengikut kelayakan. Percantuman perkhidmatan hanya layak kepada pegawai yang memilih ganjaran tamat perkhidmatan semasa menamatkan perkhidmatan di dalam ATM,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN