Ganjaran kepada pemberi maklumat kes ketirisan, salah laku - Utusan Malaysia

Ganjaran kepada pemberi maklumat kes ketirisan, salah laku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 15 Nov. – Kerajaan negeri akan memberi ganjaran kepada individu yang
membantu memberi maklumat berhubung ketirisan dan salah laku dalam pengurusan
dan pentadbiran kerajaan negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, ganjaran itu akan
diberikan kepada pemberi maklumat sehingga kes yang disalurkan itu dituduh di
mahkamah dan terbukti bersalah.

Bagaimanapun katanya, ganjaran tersebut adalah tertakluk bagi kes-kes yang
dilaporkan kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri melalui Unit Integriti.
 
“Ganjaran ini adalah sebagai galakkan kepada semua pihak untuk membantu
kerajaan negeri dalam menangani kes-kes berkaitan integriti dan salah laku.

“Ini juga sebagai menzahirkan komitmen kerajaan negeri untuk tidak sekali-kali
berkompromi atas apa juga isu yang berkait dengan integriti dan
akauntabiliti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan Seminar Pemerkasaan
Integriti Negeri Perak bertemakan ‘Integriti dan Akauntabiliti Tonggak
Kelestarian Pengurusan Berkualiti’ di sini hari ini.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Zainal Azman Abu Seman dan
Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Integriti Malaysia, Dr.
Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN