KOTA BHARU 14 Nov. – Umat Islam di negeri ini diseru untuk hadir beramai-ramai sebagai tanda solidariti membantah usaha meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di negara ini.
Himpunan Aman yang bakal disertai gabungan badan bukan kerajaan (NGO) itu akan diadakan pada pukul 2 petang selepas solat Jumaat di pekarangan Masjid Muhammadi di sini.
Antara NGO yang akan turut serta adalah Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis) dan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) serta parti politik UMNO dan Pas.
Demonstrasi itu bertujuan mewujudkan kesedaran tentang ancaman kepada umat Islam sekiranya ICERD diratifikasi yang boleh menggugat kepentingan Melayu dan Islam seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. -UTUSAN ONLINE










