SINGAPURA – Firefly yang akan menggantung penerbangan ke Singapura berkuat kuasa 1 Disember depan telah berjaya memindahkan penumpangnya yang terjejas ke Malaysia Airlines. Anak syarikat kepada Malaysia Airlines itu, memaklumkan kejayaan tersebut dalam status kemas kini kepada penumpang yang terjejas melalui platform media sosialnya. “Jika anda tidak menerima itinerari anda, jangan risau kerana ia sedang dihantar,” kata Firefly dalam status kemas kini Facebook membabitkan para penumpang Subang-Singapura dan Kuantan-Singapura yang dijadualkan…










