Felda usaha banteras jenayah - Utusan Malaysia

Felda usaha banteras jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG 28 Nov. – Dalam usaha membanteras jenayah dan penyalahgunaan dadah, polis mempergiatkan program yang memfokuskan kepada masyarakat di kawasan kampung dan tanah rancangan di daerah ini.

Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Mohd. Shahril Ab. Rahman berkata, pelbagai program khususnya Hari Bertemu Pelanggan akan diadakan secara berterusan di kawasan berkenaan.

“Bertemu masyarakat akar umbi dapat menambah kemesraan dan memberi peluang kepada mereka membuat aduan atau me­nyalurkan maklumat kepada polis.

“Contohnya kita mengadakan program di kawasan tumpuan seperti pasar malam tetapi selepas ini kita turun ke kampung-kampung dan Felda untuk bersama-sama masyarakat akar umbi,” katanya ketika ditemui pada program bertemu pelanggan di Pasar Malam Karak, di sini baru-baru ini.

Yang hadir sama Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti daerah, Asisten Superintenden Nor Murni Tabarani.

Menurut Mohd. Shahril, sehingga kini, sebanyak enam program ramah mesra bersama masyarakat dilaksanakan di daerah ini di kawasan tumpuan seperti pasar malam.

Selain bertemu masyarakat setempat, katanya, pelbagai ak­tiviti diadakan seperti kaun­ter pemeriksaan saman dan pemeriksaan kesihatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN