Felcra FC tarik diri kerana kekurangan dana - Utusan Malaysia

Felcra FC tarik diri kerana kekurangan dana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Felcra FC mengesahkan akan menarik diri daripada bersaing daripada kancah Liga Malaysia (Liga M) musim depan kerana dana yang tidak mencukupi menyelaraskan pasukan yang mantap.

Situasi itu diakui Timbalan Presidennya, Datuk Hazian Murad yang mengesahkan jumlah penajaan yang diperoleh serta dana geran daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) masih belum mencukupi.

Katanya, tindakan menarik diri sebelum musim baharu bermula dianggap wajar bagi mengelakkan berlakunya masalah di kemudian hari.

“Kewangan yang kita dapat tidak mencukupi untuk kita bergerak kerana bagi menguruskan pasukan Liga Super, kita memerlukan bajet minimum RM12 juta semusim.

“Kalau diikutkan, dengan bajet RM4 juta pun saya boleh uruskan pasukan tetapi jika masuk untuk sekadar menjadi pasukan belasahan, lebih baik kita tidak menyertai saingan kerana kita membawa nama Felcra Berhad.

“Jadi, kita membuat keputusan untuk menarik diri supaya tidak mahu masalah berlaku pada masa akan datang,” katanya pada sidang akhbar di sini sebentar tadi.

Skuad bimbingan Tarcisio Pugliese itu mula dinaikkan pangkat ke saingan Liga Super selepas menamatkan saingan di tangga kedua di belakang Felda United. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN