KUALA LUMPUR – “Saya berharap dapat lebih mengenali Aidil selepas pertunangan ini. Alhamdulillah saya bersyukur kerana Aidil dan keluarganya menerima saya dan anak-anak dengan baik sekali dan berharap pertunangan ini akan berkekalan sehingga ke perkahwinan.”
Demikian luahan Fasha Sandha semalam saat menutup desas-desus pertunangannya dengan pelakon Aidil Aziz yang diperkatakan sejak beberapa hari lalu.
Semalam, majlis pertunangannya dengan Aidil berlangsung secara tertutup di Ampang dan hanya dihadiri kaum keluarga serta teman rapat. Ia diadakan secara sederhana atas permintaan kedua-dua belah keluarga.
Majlis yang bermula selepas Asar menyaksikan pihak Aidil menghantar tiga dulang hantaran dan berbalas lima dulang daripada pihak Fasha.
Antara barangan yang dijadikan hantaran termasuklah sebentuk cincin pertunangan, manisan, set kelengkapan, wangian dan pakaian.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











